Wednesday 20 July 2022

TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS : CAMERON VALLEY TEA

Assalam dan Salam sejahtera semua! 
Entri kedua akak untuk blog Pikepeeku66 ini adalah sambungan jalan-jalan di Cameron selepas Cactus Point. Kami singgah di Cafe Cameron Valley . Kami terpaksa beratur panjang di dalam cafe kerana terlalu ramai orang singgah di restoran ini , makan minum sambil menikmati pemandangan ladang teh yang menghijau , sangat cantik dan menyegarkan , boleh hilang segala serabut dalam kepala tuh. 
Bermacam-macam kek , pastri dijual di sini dan pasta pun ada. 
Kami minum teh saja , teh nya pun sedap giler. 

Nasib baik ada tempat duduk. Kat luar masih hujan jadi seronok dapat pekena teh tarik panas ini . 
Lepas orang dah reda sikit kami bergambar kat beranda dia yang mengadap ladang teh Cameron Valley ini. 
Nak turun ke ladang tak boleh sebab hujan renyai-renyai jadi ambil gambar dari jauh aje lah .

Akak beli teh untuk dibawa balik . Di sebelah cafe ini ada kedai merchandise , bukan setakat menjual teh sahaja tapi mereka juga ada menjual t shirt CH dan juga pelbagai souvenir untuk dibawa pulang . 
Akhirkata kalau datang ke Cameron Highlands , wajiblah singgah sini . Tempatnya pun paling senang jumpa sebab hanya di tepi jalan besar sahaja  , tempat parking kereta pun besar. Cuma yang tak best masa kami datang kali ini kerana hujan . Akak ni pulak tak boleh kena hujan , bila kena mulalah nak demam. Huhuhu
Jumpa lagi di entri yang akan datang iaitu selepas singgah Cameron Valley Tea ini , akak singgah di mana pula ya ?? Nantikan ....

JEMPUTAN KENDURI KAHWIN PART 7

Kadang-kadang bila hari yang tak sibuk, tak ada apa-apa yang nak dilakukan , best juga pergi kenduri , selain tu dapatlah bersilatul rahim ....