Tulisan pertama akak di blog ini , semoga akak akan ada pembaca setia nanti .... Hehehe
Datang Cameron Highlands wajib singgah tempat ini terutama penggemar-pengemar kaktus kerana di sini ada pelbagai jenis spesis kaktus yang unik , ada yang kita tak pernah nampak , sangat cantik dan yang penting sangat subur gemuks belake ... Pandai tuannya jaga .
Akak sebenarnya datang dari Ipoh , kebetulan hubby ada kerja sikit di sana . Selepas selesai kerjanya dia terus aje memandu ke Cameron sebab dia dah janji nak pergi jalan-jalan Cameron . Dalam pukul 12 tengahari kami mula perjalanan dari Ipoh. Sepanjang jalan hujan renyai-renyai sahaja . Setibanya di atas bukit pun masih hujan lagi nasib baiklah kami bawa payung .
Mula-mula plan nak pergi ladang teh Sungai Palas tapi tak jumpa jalan pula sebab hujan aje , tak perasan simpang mana nak masuk pastu terus aje ke depan ke depan sehinggalah ternampak Sign board Cactus Point di sebelah kiri jalan , tempat parking pun ada dan luas jadi kami ambil keputusan singgah aje lah lagi pulak bolehlah berhenti rehat kejap , nak ke tandas pun senang di sini . Tempatnya agak luas . Tiada dikenakan caj masuk di sini , ini yg hubby akak suka ... Hihi
Akak rasa bukan hubby akak sorang aje yg suka free betul tak , semua sukan bukan? Haaaaa ni lah tempatnya ...
Hari yang kami datang ini tak ramai orang kerana datang hari bekerja . Itulah kelebihannya tidak perlu bersesak di sini dan di jalanraya . Kami dapat bergambar dengan aman sahaja . Alhamdulillah !
Untuk pengetahuan anda semua , di sini juga disediakan tempat khas untuk yang suka selfie , terbaiklah owner dia !
Sebelum balik akak beli 4 pokok kaktus yang kecil-kecil . Nanti bila kita bela dia besar dan gemuklah . Harap-harapnya begitu .... Hehehe
Jadi anda semua yang datang ke Cameron Highlands anda rasa patut ke tak mengunjungi tempat ini ? Mestilah kannnn
Staff nya pun sangat baik dan mesra alam . Very recommended place.
Sekian sahaja , next entry akak akan share tempat kedua yang akak singgah pula . Bye !!!