Wednesday 7 February 2024

JEMPUTAN KENDURI KAHWIN PART 1

Di usia senja begini ramailah kawan-kawan yang seangkatan dengan kita mengahwinkan anak dan mendapat jemputan kenduri yang banyak itu adalah perkara biasa . Mana yang kita dapat hadir , kita hadir lah untuk meraikan . Mana tahu di masa yang akan datang ,anak kita pula kahwin dan kita juga ingin menjemput mereka datang. 

Jadi untuk mengabadikan kenangan-kenangan manis ini dari hilang begitu sahaja  , sis coretkan di blog sis . In sya Allah di masa akan datang bolehlah dibaca semula. 

Untuk Part yang pertama ini , sis abadikan kenangan sis dan suami menghadiri jemputan dari jiran kami En Khairul Anuar dan Pn Rosemaliza yang melangsungkan upacara sambut menantu .. anak beliau Izzat Hazman dan Azlin bertempat di Boraombak Marina Putrajaya pada 27 Jan 2024 . Upacara berlangsung dengan meriahnya . Ramai tetamu hadir . 

Alhamdulillah  di sana kami dapat bertemu dengan jiran-jiran kami yang lain juga . 

Di bawah adalah beberapa gambar yang berjaya dirakam buat kenangan.


Pasangan pengantin yang diraikan



Bersama jiran-jiran 

JEMPUTAN KENDURI KAHWIN PART 7

Kadang-kadang bila hari yang tak sibuk, tak ada apa-apa yang nak dilakukan , best juga pergi kenduri , selain tu dapatlah bersilatul rahim ....