Wednesday 7 February 2024

JEMPUTAN KENDURI KAHWIN PART 2

Suami mendapat jemputan kenduri kahwin dari rakan sekolahnya dahulu Chef Raffan yang ingin mengahwinkan anaknya pada 4 November 2023 bertempat di Nilai , NS . 

Seperti biasalah kalau nak pergi kenduri , my hubby ni habis orang dalam rumah diajaknya . Anak-anak pula bila dah besar mana nak ikut kita berjalan dah . Jadi kami berdua je lah yang hadir ke majlis tersebut. 

Ini kali pertama kami ke tempat ini jadi waze je lah lebih mudah . 
Seperti biasa kami kalau pergi kenduri mesti lebihkurang dalam pukul 12.30 atau pukul 1pm tiba di tempat majlis diadakan .. Gituu .

Di bawah adalah gambar-gambar yang diambil untuk dibuat kenangan .

Susah betul nak take foto di sini sebab sentiasa ramai orang , lantak situ ..

Dewan sangat padat dipenuhi tetamu di setiap sudut maklumlah waktu tengahari kann orang datang waktu ini kerana nak makan tengahari juga .
Wajah pasangan pengantin dari meja kami .
Di majlis ini my hubby terjumpa dengan bekas gurunya semasa di sekolah menengah dahulu tetapi tak terjumpa pula dengan rakan-rakan sekolahnya . Di bawah adalah bersama dengan Chef Raffan bapa kepada pengantin . 
Sudah hampir satu jam kami di sini , tiba lah masa untuk beredar pula . Sebelum tu sempatlah bergambar berdua .

JEMPUTAN KENDURI KAHWIN PART 7

Kadang-kadang bila hari yang tak sibuk, tak ada apa-apa yang nak dilakukan , best juga pergi kenduri , selain tu dapatlah bersilatul rahim ....