Thursday 8 February 2024

JEMPUTAN KENDURI KAHWIN PART 3

Tarikh 20 Jan 2024 kami perlu menghadiri dua jemputan kenduri kahwin kerana yang pertama ia merupakan jemputan dari jiran selorong yang berlangsung di Cyberjaya dan yang kedua pula jemputan dari sepupu suami di Tg Karang . 

Tetapi pada sebelah pagi kami kena hadir kursus haji terlebih dahulu dan ia tamat dalam pukul 12 tengahari . 
Selepas itu barulah kami menuju ke Cyberjaya . Sesampainya di sana kami terus mencari parking tapi nampaknya tiada rezeki , tiada satu pun parking kosong setelah 3 kali kami pusing tapi tak juga jumpa. Kami pun tak boleh menunggu lama kerana jam dah pukul 1 tengahari  , kami nak kena pergi kenduri lagi satu pulak , di Tg Karang pulak tu , punyalah jauh. Nak sampai pun amik masa dua jam juga. 

Tiba di rumah pengantin di Sg Sireh , Tg Karang lebihkurang pukul 3 petang . Tetamu pun dah balik tinggal kami je .. Huhu
Nasib baik terserempak dengan kakak ipar (adik beradik suami ) yang juga sampai lambat , buat teman makan dan teman sembang . Dah travel jauh jadi kami berlama-lama lah sikit di situ . 
Dalam pukul 5 petang baru kami bertolak balik ke rumah . 
Tak ambil gambar sangat sebab sampai dah lewat , hanya foto beramai-ramai je yang ada. Ok lah dari takde langsung . 


JEMPUTAN KENDURI KAHWIN PART 7

Kadang-kadang bila hari yang tak sibuk, tak ada apa-apa yang nak dilakukan , best juga pergi kenduri , selain tu dapatlah bersilatul rahim ....