Friday 2 February 2024

LANGKAWI PART 2

Kami cuba untuk membina sebuah rumah kecil di atas bukit ini , cuma di bahagian pertengahan tanah sahaja bukan di puncak bukit untuk memudahkan nak angkut barang binaan dan nak pasang utilities nanti . 

Alhamdulillah kami dapat cari tukang rumah yang harganya sangat munasabah atau berpatutan melalui jiran tanah kami ini . Hasilnya cantik walaupun rumah kecil sahaja. 
Rumah ini tak ada bilik kerana pada mulanya nak buat sebagai store ataupun nak buat sebagai ofis maintenance sahaja.

Di atas adalah bahagian hadapan rumah dan di bawah pula adalah bahagian tepi rumah . 

Dalam masa beberapa bulan , rumah pun siap . Tapi kami tak tinggal di sini pun . Kononnya bila sesekali kami ke Langkawi , bolehlah kami menginap di sini jadi tak payahlah menyewa di tempat lain . Cadangannya begitu . 

Setelah sekian lama kami tak datang , bila datang beginilah keadaannya , kelilingnya dah jadi semak . Kat sini pulak , haiwan liar spt ular memang banyak . Jadi ambil masa lah untuk bersihkan semula kawasan dsb . 


JEMPUTAN KENDURI KAHWIN PART 7

Kadang-kadang bila hari yang tak sibuk, tak ada apa-apa yang nak dilakukan , best juga pergi kenduri , selain tu dapatlah bersilatul rahim ....