Air terjun Lata Iskandar memang cantik dan kedudukannya pun sangat cantik hanya di tepi jalan besar aje .. Memang rugi kalau tak singgah . Tak mandi pun tak apa hanya ambil aura aje dan ambil gambar . Biasanya nak pergi ke air terjun sangat susah , nak kena panjat bukit meredah hutan ber jam .. Ini tak payah, pandu kereta terus sampai ke tempatnya , park je kereta kat tepi jalan . Mudah kannn
Nasib baik cuaca kat sini redup aje tak hujan dapatlah kami njoy sikit bergambar ,kat Cameron Highlands hujan . 2
Di tempat ini kalau berkelah beramai-ramai mungkin tak sesuai sangat sebab kawasannya tak luas sangat dan tempat parking kereta pun hanya di tepi jalan sahaja ,tiada tempat parking khas. Kalau hanya nak singgah sekejap tu boleh. Masa akak datang ni hari biasa jadi tak ler ramai orang . Sempat juga singgah gerai di tepi jalan ini beli makanan , support lah sikit orang berniaga kannn.
Sekian sahaja , sehingga jumpa di lain entri.