Sunday 18 February 2024

JEMPUTAN KENDURI KAHWIN PART 7

Kadang-kadang bila hari yang tak sibuk, tak ada apa-apa yang nak dilakukan , best juga pergi kenduri , selain tu dapatlah bersilatul rahim . 
Kali ini kami dijemput oleh jiran kami  Pn Hazila dan En Jaafar , beliau mengadakan kenduri sambut menantu di Grand Hall Cheras , Balakong pada 8/07/2023 .

Sebenarnya anak beliau berjodoh dengan anak  jirannya yang merupakan jiran kami juga iaitu En Budin . Yang ini lebih senang kami nak pergi kerana lokasi kenduri tak jauh dari rumah . 

Alhamdulillah di sana dapat berjumpa kenalan-kenalan dan jiran-jiran yang lain juga yang turut sama meraikan majlis .

Akhir kata doa yang baik-baik semuanya buat tuan rumah yang sudi menjemput dan buat pengantin raja sehari yang diraikan semoga berkekalan hingga ke jannah . 

Friday 16 February 2024

JEMPUTAN KENDURI KAHWIN PART 6

Terimakasih jemputan dari jiran kami En Budin dan Puan Zarina yang meraikan perkahwinan anak sulong mereka di Subang Jaya pada 26/06/2023 . 

Kebetulan pulak tempat ni tempat yang sis biasa pergi jadi senanglah  . Mereka buat kat dewan cuma dewan yang dipilih jauhlah dari rumah , katanya sebab kawan tolong uruskan,  senang kann beli je package , everything all in tak yah serabut otak nak fikir macam-macam . Kalau sis pun macam ni jugak . 

Lastly buat kedua pasangan mempelai semoga sentiasa bermuafakat dalam melayari alam berumahtangga yang penuh dengan ranjau dan duri dan bahagia hingga ke syurga . 


Monday 12 February 2024

JEMPUTAN KENDURI KAHWIN PART 5

Jemputan pada kali ini berlangsung di dewan Masjid At-Taqwa, Kapar , Selangor pada 26 Ogos 2023 . Tuan rumahnya adalah rakan my husband seorang ex tentera iaitu Skot Mohamad Rosli Hashim dan Pn Noraini Harun . 

Kami tiba lebihkurang pukul 12 tengahari , baru ada sorang dua aje rakan tentera yang hadir , yg lain belum sampai mungkin disebabkan tempatnya agak jauh . Sambil menunggu rakan yang lain tiba , kami menjamu selera dahulu bersama teman-teman yang ada. Alhamdulillah lauk pauk sedap-sedap belaka .

Setelah semuanya tiba , kami mengambil group foto iaitu acara wajib buat kenang-kenangan .

Sembang-sembang sampai petang  lebihkurang pukul 3petang barulah kami beredar pulang. 

Lastly tahniah buat tuan rumah kerana dapat menantu semoga sentiasa dalam keberkatan hidup 🤲











JEMPUTAN KENDURI KAHWIN PART 7

Kadang-kadang bila hari yang tak sibuk, tak ada apa-apa yang nak dilakukan , best juga pergi kenduri , selain tu dapatlah bersilatul rahim ....